Tutorial Memilih Kedai Semasa Log Masuk

Kini, AVANA tampil dengan ciri yang lebih mudah untuk anda. Ciri tersebut memudahkan anda untuk memilh kedai anda jika anda mempunyai lebih dari satu kedai di platform AVANA. Bagaimana caranya?

Jika anda log masuk ke dalam sistem AVANA, anda akan melihat halaman ini.

Setelah anda klik untuk log masuk, anda akan menjumpai halaman ini di mana anda boleh memilih kedai yang ingin anda uruskan sebelum bermula. Scroll ke bawah jika anda mempunyai lebih daripada 3 kedai di AVANA.

Jika anda berada di dalam platform AVANA dan ingin menukar ke akaun kedai yang lain, anda boleh pergi ke bahagian atas kanan dan klik pada Switch Shop. Jika anda ingin menambah kedai baru pula, anda boleh klik pada Create New Shop. Mudah kan?

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk