Bagaimana Menambah Kod Kupon untuk Pelanggan

Anda boleh menambah kod kupon dan memberi diskaun kepada pelanggan anda menggunakan sistem AVANA. Begini caranya:

Log masuk ke dalam sistem AVANA.

a.PNG

Pergi ke Tetapan > klik pada Promosi.

b.PNG

Klik pada butang Tambah Kupon.

b.PNG

Di sini, anda boleh menambah kod kupon dan letakkan tetapan yang anda kehendaki.

Tambah Nama Kupon untuk kupon anda. 

Kod adalah kombinasi huruf dan/atau nombor yang pelanggan akan gunakan semasa membeli.

Ada dua jenis tetapan untuk Had Penggunaan - sama ada ingin menetapkan jumlah tertentu atau tiada had.

Kaedah Penolakan adalah cara promosi yang anda ingin tawarkan - sama ada Nilai Tetap di mana anda meletakkan nilai ringgit yang anda ingin tawarkan atau Peratus (maksudnya anda gunakan diskaun peratus) mengikut kesesuaian promosi anda.

Pembelian Minimum adalah had minimum pembelian yang anda ingin tetapkan jika pelanggan ingin menggunakan kod kupon tersebut.

Untuk Tempoh Kupon pula, anda boleh tetapkan Berlangsung (yang anda boleh tutup kemudian dan guna kembali) atau tutup ia dan tukar Tarikh Mula serta Tarikh Tamat.

 c.PNG

Jangan lupa klik Hantar untuk simpan kod kupon anda yang baru! :)

d.PNG

 

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk