Bagaimana Menghubungi Pelanggan di Platform Melalui WhatsApp

Kini, AVANA telah menambah satu lagi ciri di dalam dashboard di mana anda boleh menghantar mesej terus kepada pelanggan yang membuat transaksi di dalam sistem AVANA. Untuk menetapkan tetapan yang diperlukan, sila log masuk ke papan pemuka AVANA anda.

1.PNG

Di dalam papan pemuka anda, klik pada Tetapan > Maklumat Kedai.

2.PNG

Skrol ke bawah dan pastikan nombor yang anda masukkan ke dalam sistem AVANA adalah nombor telefon yang mempunyai akaun WhatsApp.

3.PNG

Untuk menghantar mesej terus kepada pelanggan anda melalui WhatsApp, sila pergi ke Pesanan.

4.PNG

Klik pada pelanggan yang anda ingin hantar mesej dan klik pada ikon WhatsApp seperti yang ditunjukkan di bawah.

4.PNG

Anda juga mesti memastikan bahawa telefon anda mempunyai sambungan Internet supaya anda boleh terus disambungkan dengan akaun WhatsApp yang anda punyai. 

 Selepas anda klik pada ikon tersebut, anda akan disambungkan kepada WhatsApp Web seperti yang ditunjukkan di bawah.

1.PNG

Dengan AVANA, lebih mudah untuk follow up dengan pelanggan kan? Jom cuba sekarang! :)

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk