Bagaimana Menambah Subkategori kepada Produk

Selepas anda menambah kategori kepada produk, anda juga boleh menambah subkategori untuk mengasingkan produk anda dengan lebih terperinci lagi dan mudah untuk dilihat oleh pelanggan anda. 

Contohnya, jika anda ingin mengasingkan produk pakaian anda kepada jenis pakaian - anda boleh melakukan tetapan untuk subkategori dengan pergi ke papan pemuka AVANA > Produk > Kategori Produk.

1.PNG

Seperti yang anda boleh lihat, beberapa kategori telah pun ditambah ke dalam platform AVANA. Anda boleh menambah subkategori pula dengan klik pada butang seperti yang ditunjukkan di bawah.

1.PNG

Di sini, anda boleh menambah jenis subkategori yang anda inginkan.

2.PNG

Jangan lupa klik pada Tambah Kategori apabila anda sudah selesai.

3.PNG

Kini, subkategori tadi telah pun dimasukkan ke dalam platform AVANA dan satu panel notifikasi akan muncul dalam papan pemuka anda. 

4.PNG

Jika anda ingin memasukkan subkategori ke dalam kategorinya, klik pada butang yang ditunjukkan di bawah.

4.PNG

Kemudian, tarik subkategori yang ingin dimasukkan ke (ke arah kanan) dan letakkan di bawah  kategori yang anda inginkan.

5.PNG

Seperti yang anda dapat lihat, subkategori tadi telah pun dialihkan ke bawah kategori yang diinginkan.

6.PNG

Klik pada Simpan Susunan supaya susunan tadi akan disimpan di dalam platform AVANA.

7.PNG

Anda dapat lihat bahawa susunan tadi telah pun disimpan.

8.PNG

Anda boleh menambah beberapa subkategori untuk setiap kategori. Jangan lupa untuk menggunakannya!

Setiap perubahan boleh anda paparkan seperti yang ditunjukkan di dalam Webstore di bawah.

99.png

 

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk