Bagaimana untuk Menguruskan Tetapan SEO

Dengan menggunakan SEO, kedai anda di AVANA akan mempunyai peluang untuk mendapat pendedahan yang lebih banyak di dalam carian laman web. Platform AVANA ingin membantu anda untuk memanfaatkan kelebihan ini di dalam platform kami. Nak tahu bagaimana cara untuk menguruskan tetapan SEO anda?

Log masuk ke papan pemuka AVANA.

Klik di WebStore, kemudian ke butang SEO.

Di halaman ini, anda boleh menguruskan tetapan SEO anda dan meletakkan maklumat yang berkaitan untuk memudahkan carian audiens mengenai kedai anda.

Nama WebStore - Nama yang akan diletakkan sebagai satu pautan di dalam enjin carian.

Keterangan WebStore - Ringkasan secara tepat dan padat mengenai WebStore anda yang akan dipaparkan di dalam enjin carian.

Bagi Kata Kunci Meta Tag pula, anda harus mengetahui kata kunci yang digunakan oleh audiens yang ingin anda fokuskan. Dengan itu, mudah untuk anda menetapkan kata kunci tersebut di dalam sistem.

Jangan lupa untuk klik Simpan! :)

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk