Bagaimana Untuk Menambah Kurier Penghantaran

AVANA memahami keperluan untuk menyediakan lebih banyak pilihan kurier penghantaran demi memastikan kelancaran tempahan dalam bisnes anda. Kadangkala, ada permintaan dari pelanggan untuk menggunakan kurier penghantaran yang berbeza.

Jadi, AVANA telah menyediakan lebih banyak pilihan kurier untuk anda. Selain daripada Poslaju, kini FlexiPack dan CityLink juga telah disediakan di dalam platform AVANA. Bagaimana caranya untuk menetapkan kurier tersebut? Begini caranya:

Log masuk ke papan pemuka AVANA, kemudian klik Tetapan > Penghantaran.

12.PNG

Di sini, anda boleh lihat bahawa terdapat satu jenis penghantaran iaitu menggunakan PosLaju.

13.PNG

Untuk menambah lebih banyak kurier penghantaran, sila klik pada + Tambah Destinasi Penghantaran.

13.PNG

Selepas itu, anda boleh memilih sama ada untuk menggunakan FlexiPack ataupun CityLink.

FlexiPack menyediakan servis penghantaran ke seluruh dunia. Anda boleh mengedit tetapan untuk FlexiPack seperti yang ditunjukkan di dalam gambar.

14.PNG

Untuk CityLink pula, anda boleh memilih negeri yang terpilih daripada senarai negeri di Malaysia.

15.PNG

Jangan lupa untuk klik Simpan apabila anda sudah menyempurnakan semua maklumat.

Selepas anda klik Simpan, maklumat penghantaran yang baru akan dipaparkan di sini.

 

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk