Bagaimana Untuk Mengaktifkan Bot Messenger

Sebagai pemilik bisnes online, kami di AVANA memahami keperluan anda untuk memudahkan lagi perjalanan tempahan untuk produk anda. Jadi, kami ingin menyelesaikan masalah anda dengan memudahkan proses tersebut itu untuk anda menggunakan Bot Messenger.

Dengan Bot Messenger, anda boleh menghantar mesej ke semua pelanggan anda dengan satu langkah mudah dan mereka boleh membeli terus dalam Direct Message (DM) akaun Facebook mereka. Begini caranya:

Log masuk ke papan pemuka AVANA.

Skrol bawah di bahagian kiri, klik Messenger dan kemudian klik Settings.

Aktifkan dahulu tetapan untuk Bot Messenger anda.

Kemudian, klik Greeting Message untuk membuat tetapan mesej anda.

Untuk pengetahuan anda, mesej akan dihantar sebaik sahaja pelanggan berinteraksi (kali pertama) dengan kedai anda melalui Facebook Messenger.

Selepas tetapan dilengkapkan, pelanggan boleh mencari kedai anda melalui halaman Facebook yang disediakan dalam Facebook Messenger ataupun menghantar mesej ke kedai anda untuk membeli melalui Facebook Messenger.

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk