Tutorial Memulakan Kedai AVANA

Untuk memulakan kedai AVANA online anda, pergi ke http://avana.asia, masukkan info anda dan klik Mulakan.

Kemudian, anda akan dibawa ke Facebook. Jika anda sudah log masuk, anda dapat melihat satu kotak pop up memaklumkan bagaimana AVANA akan berinteraksi dengan Facebook anda. Jika anda belum log masuk ke Facebook, anda perlu log masuk untuk meneruskan tetapan.

Sebaik sahaja anda sudah log masuk, sila masukkan nombor telefon dan mata wang untuk teruskan.

Facebook akan memberi notifikasi untuk membawa anda ke dashboard AVANA.

Anda dibawa ke dashboard AVANA dan anda akan diminta mengisi maklumat yang tiada, jika anda belum berbuat demikian.

Kedai AVANA anda akan dihubungkan dengan Facebook page yang anda pilih. Jika anda tidak mempunyai Facebook Page lagi, anda boleh membuat akaun kemudian.

Isi maklumat untuk kedai AVANA anda seperti Nama Kedai, Maklumat Kedai, Alamat, No Telefon, dan Emel Kedai anda. Klik Simpan untuk menyimpan maklumat anda.

9.PNG

Pilih Facebook Page yang anda ingin untuk menghubungkan kedai AVANA anda daripada butang Rangkaian Media Sosial dan klik Connect untuk memilih halaman Facebook anda.

Jika anda belum mempunyai Facebook Page atau ingin membuat yang baru untuk kedai AVANA anda, klik Skip This Step untuk melakukannya kemudian.

Kemudian anda akan dihubungkan pada dashboard anda di mana anda boleh menguruskan pesanan, tetapan pilihan pembayaran dan penghantaran, menambah produk dan mula menjual!

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk