Bagaimanakah Cara Menyemak Bukti Pembayaran Pelanggan

Sekiranya anda sudah memilih untuk membolehkan Manual Payment sebagai cara pembayaran untuk pelanggan anda, berikut adalah cara anda boleh melihat bukti pembayaran tersebut:

Pergi ke dashboard anda melalui manage.avana.asia dan klik pada tab Orders.

Setelah pembeli memuat naik bukti pembayaran, anda akan melihat status bertukar ke Manual – Paid.

Klik pada pautan untuk melihat bukti pembayaran tersebut.

Setelah anda mengesahkan bukti tersebut, ingat untuk menukar status pesanan kepada Processing untuk proses kemaskini kepada pelanggan anda.

Anda juga akan menerima notifikasi emel apabila pembeli anda memuatnaik bukti pembayaran supaya anda tidak akan ketinggalan.

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk