Bagaimana Menetapkan Penghantaran Kadar Rata

Kini, peniaga AVANA tidak perlu runsing mengenai hal penghantaran lagi! Dengan adanya sistem penghantaran kami yang baru, anda boleh membuat tetapan penghantaran pelanggan anda dengan mudah. Begini caranya:

Log masuk ke papan pemuka AVANA dan klik Tetapan > Penghantaran.

12.PNG

Klik butang untuk mengaktifkan tetapan Penghantaran anda.

16.PNG

Satu butang notifikasi akan muncul di sebelah atas papan pemuka anda dan sekarang anda boleh menetapkan penghantaran anda.

Klik pada + Add Shipping Destination/ Tambah destinasi penghantaran untuk bermula.

Untuk penghantaran dengan kadar rata, anda boleh pilih PosLaju, FlexiPack ataupun Citylink Express.

18.PNG

 

Beginilah tetapan anda setelah dipilih. Ini adalah pilihan PosLaju.

Manakala ini pula adalah pilihan FlexiPack.

Jika anda ingin membuat sebarang perubahan kepada tetapan anda, anda boleh berbuat demikian dengan menekan ikon edit yang berwarna hijau.

 Jika anda ingin menetapkan harga yang berbeza untuk beberapa negeri, anda boleh menekan butang x di sebelah negeri tersebut.

Untuk menambah lagi beberapa negeri yang lain, anda boleh menekan semula + Add Shipping Destination/ Tambah destinasi penghantaran.

Di sini, anda juga boleh masukkan tetapan kos pengendalian, jika ada dan Klik Simpan.

Selain itu, anda juga boleh menambah anggaran tempoh penghantaran dengan menambah maklumat di sini dan klik Simpan.

23.PNG

Jika anda ingin menetapkan kadar penghantaran anda sendiri, anda boleh lihat caranya di sini: http://bit.ly/2fxR2Wn

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk