Bagaimana Menetapkan Kadar Penghantaran Khusus

Kini, peniaga AVANA tidak perlu runsing mengenai hal penghantaran lagi! Dengan adanya sistem penghantaran kami yang baru, anda boleh membuat tetapan penghantaran pelanggan anda dengan mudah. Begini caranya:

Log masuk ke papan pemuka AVANA dan klik Penghantaran.

Klik butang untuk mengaktifkan tetapan Penghantaran anda.

Satu butang notifikasi akan muncul di sebelah atas papan pemuka anda dan sekarang anda boleh menetapkan penghantaran anda.

Klik pada + Add New Destination untuk bermula.

Untuk penghantaran dengan kadar khusus anda, anda boleh pilih ubah suai kadar penghantaran sendiri.

Kemudian, anda boleh pilih kadar penghantaran mengikut kesesuaian anda.

Flat Rate adalah kadar caj penghantaran mengikut setiap produk atau setiap tempahan (mengikut pilihan anda) yang dibuat oleh pelanggan.

Custom Rate adalah caj penghantaran mengikut unit ukuran (sama ada berat atau kuantiti) dan Breakdown Rate adalah caj penghantaran jika tempahan melebihi had caj penghantaran anda.

Range Rate pula adalah kadar penghantaran mengikut berat, kuantiti atau harga yang anda tetapkan sendiri.

Selain itu, anda juga boleh menambah anggaran tempoh penghantaran dengan menambah maklumat di sini dan klik Simpan.

 Jika anda ingin menetapkan kadar penghantaran mengikut caj servis penghantaran sedia ada, anda boleh lihat caranya di sini: http://bit.ly/2fAVCXp

Have more questions? Submit a request

Comments

Powered by Zendesk